Pada malam 31hb Disember 2010 yang lalu, satu operasi sempena sambutan tahun baru telah diadakan di lokasi berbeza. Lokasi pertama berpusat di Masjid As-Syakirin, KLCC manakalan lokasi kedua berpusat di Dewan MPAJ, Pandan Indah. Operasi yang berpusat di KLCC menyaksikan pengumpulan sejumlah tandatangan bagi membantah cara pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melayan pihak NGO Islam. Pada kali ini, adalah merupakan kali ketiga permohonan rasmi kepada pihak JAWI tidak dilayan malah tiada sebarang surat rasmi dikeluarkan oleh JAWI samada membenarkan sebarang kerjasama atau tidak membenarkan sebarang kerjasama. Sebelum ini, pihak Gerakan Banteras Gejala Sosial (GBGS) telah menghantar bantahan terhadap JAWI kepada pihak Menteri, dan pihak Menteri telah mengadakan perbincangan secara tertutup dengan pihak GBGS. Hasil perbincangan tersebut, pihak Menteri telah mengarahkan agar kerjasama boleh dijalinkan dengan NGO, namun pada operasi sempena tahun baru ini, pihak JAWI terus mengambil sikap berdiam diri dan tidak mengendahkan permohonan pihak NGO.
Leave a Reply