Penjelasan Tentang Kontroversi Yang
Melanda PERKID Dalam Media Mulai September 2006
1. Kenyataan
oleh Pengerusi PERKID
Sejak awal September 2006 yang lalu hingga
sekarang, PERKID telah diserang secara bertubi-tubi oleh sekumpulan pihak yang
dengki, khianat dan tidak berpuas hati dengan pengurusan PERKID melalui
pelbagai cara.
Kumpulan ini telah mempengaruhi pelbagai pihak samada pihak media,
Pertubuhan-pertubuhan NGO, Jemaah Masjid & Surau, Pelajar-pelajar IPTA/IPTS
hinggalah kepada orang perseorangan di dalam masyarakat dengan membuat
pelbagai dakwaan, tuduhan jahat & fitnah kepada PERKID serta memperalatkan
pelbagai pihak untuk mencapai kepentingan mereka.
Sehingga kini, 18 laporan polis telah dibuat oleh PERKID bagi menangkis
dakwaan dan fitnah yang telah dibuat manakala dalang konspirasi ini sedang
dalam proses disaman oleh Peguambela PERKID. (...klik untuk kenyataan
penuh)
2. Surat
daripada peguam PERKID
TINDAKAN MAHKAMAH OLEH
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL ISLAH SELANGOR (PERKID)
Merujuk kepada perkara diatas di mana kami mewakili Pertubuhan Kebajikan Darul
Islah Selangor (PERKID) yang mempunyai alamat di No 15, Jalan Sentosa 20,
Taman Desa, Batu 16, Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor.
Adalah dengan ini kami diarahkan, untuk memaklukan kepada tuan bahawa suatu
tindakan mahkamah telah diambil olah anakguam kami terhadap tuan berhubung
penglibatan tuan mengganggu gugat keamanan dan hak perjalan anakguam kami,
termasuk membuat tindakan menghasut, tindakan fitnah dan tindakan yang memberi
kesan buruk terhadap reputasi anakguam kami, ini termasuk menggunakan
individu-individu tertentu dan menggunakan saluran-saluran media bagi maksud
di atas.
Kami diarahkan untuk memaklumkan kepada tuan bahawa suatu saman dan Pernyataan
Tuntutan akan difailkan di mahkamah dan Pernyataan Tuntutan tersebut akan
diserahkan kepada tuan bagi membolehkan tuan menjawab tuntutan anakguam kami
di mahkamah kelak. (...klik
untuk kenyataan penuh)
3.
Maklumat Lanjut dan Terperinci
Penjelasan di laman web ini
hanyalah merupakan secebis petikan kecil daripada dokumen setebal 30 muka
surat yang telah disediakan PERKID dalam menghadapi dan menangkis siri
serangan ke atas pertubuhan ini.
Oleh kerana kes ini sedang dalam
tindakan mahkamah, PERKID menilai bahawa belum masanya untuk pertubuhan ini
mendedahkan keseluruhan aspek kes di laman web ini.
Bagaimanapun, maklumat
terperinci kes serta dokumen berkaitan boleh didapati secara peribadi daripada
Pengerusi PERKID.
4.
Kesimpulan
Dalam menjalankan misinya untuk
kepentingan Islam di kalangan masyarakat, PERKID sentiasa menghadapi pelbagai
macam kesukaran, kesusahan dan cabaran. Siri serangan yang disebutkan di atas
adalah salah satu daripada halangan yang dihadapi oleh PERKID.
Sedikit sebanyak serangan ini
telah menimbulkan salah faham dan kekeliruan serta menjejaskan nama dan imej
PERKID pada pandangan awam dan pihak berkuasa. Apatah lagi serangan tersebut
menggunakan media awam yang tersebar luas ke seluruh negara dan ke seluruh
dunia.
Semuga dengan penyiaran
penjelasan ini masyarakat akan dapat memahami bahawa misi menangani gejala
sosial di kalangan umat Islam yang dijalankan oleh PERKID, adalah amat sukar
dan terdedah kepada pelbagai halangan.
Oleh itu kefahaman, simpati dan
bantuan daripada semua peringkat masyarakat adalah amat PERKID perlukan.
Hari ini yang terlibat dengan
masalah sosial ialah anak, adik, kakak, abang dan saudara orang lain. Kita
mohon berlindung kepada Allah S.W.T, tetapi hari esok mungkin giliran kita
pula menerima ujian tersebut...