Khidmat
Perkhidmatan PERKID
1. KEM MOTIVASI PERKID (KEMP)
(Klik gambar untuk
imej lebih besar) |
Kem Motivasi
PERKID ialah pakej latihan dan pemulihan bagi
pelajar-pelajar sekolah dan anak-anak bermasalah melalui kem motivasi.
Untuk
memenuhi keperluan jangkapanjang, kami
sedang menyediakan tapak kem motivasi di atas lot seluas 4 ekar di Sungai
Semungkis, Taman Agrotek, Hulu Langat, Selangor. |
2.
RUMAH KEBAJIKAN PERKID (RKP)
(Klik gambar untuk
imej lebih besar) |
Rumah
Kebajikan PERKID menempatkan Asrama Raudathus Solehah, iaitu rumah rawatan dan pemulihan untuk
remaja wanita bagi kes-kes gejala sosial seperti terlibat zina, mengandung
anak luar nikah, lari dari rumah, terlibat dadah dan masalah akhlak.
|
Rawatan di RKP mengambil masa antara 8
hingga 12 bulan.
Ditubuhkan pada tahun 2004 di bawah Akta Pusat Jagaan 1993, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Mula beroperasi Mac 2004.
Alamat :
| Rumah Kebajikan Perkid (RKP) |
| No. 15 Jalan Sentosa 20 |
| Taman Desa Sentosa, Dusun
Tua, |
| 43100 Hulu Langat, Selangor
Darul Ehsan |
| Tel : 03-9021 3730, 019-257 2717 |
3. RUMAH SAHABAT PERKID (RSP)
(Klik gambar untuk
imej lebih besar) |
Rumah
Sahabat PERKID ialah rumah
rawatan dan pemulihan untuk remaja lelaki berumur 13-25 tahun bagi kes-kes gejala sosial seperti penagihan dadah, lari dari rumah, mencuri, ponteng sekolah, mat rempit dan lain-lain.
|
Rawatan di RSP mengambil masa 12- 15 bulan.
Alamat
:
| Rumah Sahabat Perkid (RSP) |
| No.
9 Jalan Sentosa 14 |
| Taman
Desa Sentosa, Dusun Tua |
| 43100
Hulu Langat, Selangor |
| Tel
: 03-9021 3730, 019-257 2717, 019-356 8915 |
4.
RAWATAN ALTERNATIF AS-SYIFAA'
Di Klinik Baitus Syifa, Rumah Kebajikan Perkid
Rawatan As-Syifaa' menggunakan kaedah rawatan Islam dengan amalan doa melembut hati untuk penyelesaian pelbagai masalah seperti anak degil, tidak mendengar kata, melawan ibu bapa, melawan guru, serta pelbagai penyakit anak-anak masa
kini.
Rawatan
dijalankan setiap minggu pada hari Khamis malam Jumaat.